Semenjak dari semalam (Khamis) aku tertunggu² keputusan Mahkamah Rayuan bagi kes rayuan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir untuk menolak keputusan dari Mahkamah Tinggi minggu lepas, dari itu aku telah mengagak bahawa rayuan Dato' Zambry akan diterima Mahkamah Rayuan setelah keputusan yang ditunggu tak kunjung tiba, tambahan pula pada beberapa hari lepas Perdana Menteri telah menyatakan bahawa "BN akan menerima dan mematuhi setiap keputusan oleh Mahkamah" (kenyataan yang pada aku seolah² mereka telah mengetahui bahawa keputusan akan menyebelahi mereka).. Walaupun telahan aku benar, namun aku agak terkilan dengan keputusan tersebut. Kerana apa? kerana sebagai seorang Pure Perakian yang mana aku boleh katakan mempunyai political awareness yang agak tinggi, aku menginginkan keadaan politik yang lebih stabil instead all of this chaos that happen almost 6 months. Mungkin ada mereka² diluar sana yang boleh berkata "sebenarnya tiada apa² yang genting berlaku", tapi sebagai salah seorang pengundi berdaftar aku merasakan hak-hak aku seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan telah dirompak. Dan intuisi aku menyatakan bahawa ramai lagi mereka² diluar sana yang bersependapat dengan aku.
Berbalik kepada keputusan Mahkamah Rayuan tadi, aku agak kecewa. Sistem judiciary kita pada hari ini kelihatan seperti sememangnya tidak bebas, seolah-olah keputusan tersebut dipengaruhi oleh pihak² tertentu. Siapa? Wallahu'alam. (tetapi secara dasarnya aku rasa ramai yang boleh membuat tanggapan dan tekaan sendiri - siapa dalangnya?). Ya benar, aku bukanlah seorang pelajar jurusan undang² atau seorang yang mahir dalam bab undang², tetapi berdasarkan logik dan apa yang aku ketahui aku mampu untuk merumuskan tentang setiap perkara yang berlaku samada betul atau tidak. Dan sebagai salah seorang "3rd Channel Youth" yang matang, perkara sebegini adalah agak simple untuk difahami.

Memetik kata bekas Hakim Mahkamah Rayuan N.H Chan berkenaan krisis politik yang berlaku di Perak (atau lebih tepat - perlembagaan?) - "Undang² adalah termaktub kepada semua ahli legislatif - tidak kira DAP, PKR, MCA, BN atau mana² parti politik. Bahkan Kanak-kanak juga jelas tentang maksud tersebut. (even a child could understand the plain meaning of the words). Kita tidak perlukan Mahkamah Persekutuan untuk menterjemahkan maksudnya kepada kita. Juga kita tidak perlu mana² Professor dari Singapura untuk memberitahu kepada kita rakyat Malaysia bahawa mahkamah patut mempunyai kuasa untuk semakan kehakiman tentang Parlimen atau Dewan Undangan Negeri" (terjemahan dari The Malaysian Insider).
Apa yang berlaku pada hari ini adalah mudah untuk difahami oleh setiap manusia. Melainkan seseorang itu sengaja memekakkan telinga dan membebalkan kepala otak tentang krisis yang berlaku atau mungkin sememangnya bebal dalam memahami keadaan ini. Semakin hari, Perak semakin bercelaru. Perlembagaan seolah-olah tidak mempunyai erti, dan hak rakyat dalam memilih pentadbir dipermain-mainkan. Sampai bila keadaan ini akan berlarutan adalah tidak diketahui. Tetapi aku sangat² berharap bahawa krisis yang pertama kali berlaku di Perak ini akan segera diselesaikan. Dan aku sebagai salah seorang rakyat jati Perak Darul Ridzuan memohon Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak akan diperkenankan pembubaran DUN. Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun...

No comments:
Post a Comment