Saturday, May 23, 2009

Angels & Demons


Hari : Jumaat
Masa : 4.30p.m - 10.00p.m
Mood : Boring

Tiba-tiba Handphone aku berbunyi. Nama cousin aku naik, aku dah agak dah ni mesti nak ajak keluar, jadi dengan hati yang riang (sebab ade projek) dan sedikit bebal (sebab kacau aku tgh tgk tv) aku pon jawab... (N: aku, M: cousin aku).

N: Helo, apadia?
M: Jom tgk wayang nak? Angels & Demons.
N: Hmm.. pukul berapa nak pi?
M: Wayang pukul 6.30, 5.30 abg ambik hang.
N: Sapa lagi pegi?
M: Abg, Syah dgn On.
N: Okey. 5.30 mai ambik. Babai.
M: Babai.

Tepat 5.30 petang, cousin aku dah melalak honk depan umah aku. so dipendekkan cerita kami pon sampai je kat panggung wayang terus beli tiket. Selang 40minit lebih lepas tu kami pon masuk wayang. Cerita Angels & Demons ni mengisahkan tentang seorang Symbologist dari Harvard University - Robert Langdon lakonan Tom Hanks dan seorang Scientist (Vittoria Vetta) lakonan Ayelet Zurer yang membantu Vatican Government dalam menyelesaikan misteri penculikan 4 orang Kardinal yang akan mengambil alih jawatan Pope yang dah mati a.k.a kena bunuh oleh anak angkat dia yg jugak salah seorang Priest dalam St James Church.
Tetapi apa sebenarnya yang aku nak ceritakan disini bukanlah berkaitan jalan cerita tersebut. Cerita dia not bad la.. Cuma setelah aku selesai tengok movie tersebut, aku merumuskan bahawa kebanyakkan sekuel adalah kurang ummphh berbanding movie pertama yang ditayangkan. Aku siap boleh teka lagi siapa yang perancang konspirasi untuk membunuh Pope yang dah padam tu.
Kenapa kurang ummphh? mungkin kerana sekuel ni kurang teka-teki untuk membuatkan kepala otak ligat berfikir berbanding The Da Vinci Code. Dan bukan The Da Vinci Code sahaja, National Treasure, Alien Vs Terminator, Night at the Museum dan macam² lagi aku dah lupa pon kurang ummph. Mungkin kerana author atau produser tersebut dah kering idea untuk masukkan input² baru menyebabkan sekuel selepas movie pertama tadi menjadi kurang best.. Konklusinya, setelah habis wayang kami pergi minum dan melantak dan kemudiannya pulang dalam keadaan yang kurang puas... Haha..

No comments: