Friday, December 4, 2009

PEPSI atau COKE? ADIDAS atau PUMA?

Pada tahun 2009 ini wacana politik dalam negara kita cuba menyebarkan berita tentang kemungkinan terwujudnya sistem dua parti – Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Malah huh hah huh hah tentang sistem dua parti ini telah tersebar lama. Ada yang menyeringai gembira seperti di malam pertama bedua-duaan di bilik bersama kekasih bila mendengar kemungkinan ini.Sistem dua parti ini adalah satu penipuan. Satu illusi yang dirancang oleh kaum pemodal. Satu pemesongan projek demokrasi yang amat terancang untuk mengkaburi mata orang ramai agar gagal melihat intipati politik dan makna hakiki demokrasi.Lalu saya bertanya adakah sesiapa yang dapat membezakan Pepsi dengan Coke? Adakah sesiapa yang dapat membezakan Adidas dengan Puma? Hakikatnya - pemilik saham Pepsi adalah juga pemilik saham Coke. Hakikatnya - Puma dan Adidas adalah dua beradik yang membuka peniagaan yang sama – satu kedai di kiri jalan dan sebuah lagi di kanan jalan. Kedua-duanya mengamalkan sistem kapitalis yang berlandaskan keuntungan.

Yang membezakan hanya ejaan nama yang bermula dengan A dan P.Kita wajib sedar bahawa kaum pemodal akan terus merancang untuk memastikan kepentingan ekonomi mereka selamat. Apa yang mereka pertahankan bukan saekar kebun getah atau sebuah Kancil. Yang mereka pertahankan ialah sistem ekonomi kapitalis yang selama 150 tahun ini telah mengembongkan saku dan dompet mereka. Sistem ini telah menjadikan mereka senang lenang dan kaya raya dengan harta berbilion-bilion dolar dan ringgit. Kuasa yang mengancam dan menyusahkan kehidupan umat manusia dalam dunia hari ini sebenarnya adalah kuasa kaum pemodal. Kaum pemodal inilah yang merancang untuk memastikan parti apa yang naik and parti apa yang turun. Siapa dapat jadi menteri dan siapa yang akan dipencenkan. Para politikus dalam sistem kapitalis ini hanyalah Mat Heboh yang diupah berlabun di parlimen untuk mengubal undang-udang dan memastikan kepentingan kaum pemodal dijaga rapi.Perhatikan bagaimana undang-undang yang diluluskan di parlimen TIDAK akan dan TIDAK pernah menyebelahi kepada kepentingan kaum buruh atau kaum pekerja. Perhatikan cukai mukai yang di kenakan. Pemotongan cukai untuk kaum pemodal akan diutamakan. Dalam masa yang sama mereka yang miskin akan berselirat dengan cukai mukai. Kalau tidak percaya sila tunggu cukai baru : Cukai Barang dan Khidmat. Akan terlondeh seluar dalam Mak Minah dan akan tergadai Cupcai Pak Ali bila cukai ini sampai.Jika masih belum yakin biar saya nyatakan satu lagi contoh terbaik : lihat apa yang terjadi kepada dasar kerajaan Pakatan Selangor yang melarang bangunan didirikan di lereng bukit.

Ini cita-cita Pakatan Rakyat ketika berkempen untuk membawa kebaikan dan keselamatan kepada warga. Lihat apa yang berlaku dibelakang tabir. Kaum pemodal – pemaju dan para kontrektor telah melobi. Akhirnya larangan ini ditarik kembali. Kenduri menarah bukit diteruskan kembali.Lihat pula apa yang terjadi apabila berlaku runtuhan di Bukit Antarabangsa. Laporan yang ingin diumumkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor gagal kerana laporan ini disimpai oleh Akta Rahsia. Akta seperti ini semuanya diwujudkan untuk memastikan kaum pemodal – syarikat pemaju , kontrektor dan syarikat air - terselamat dan keuntungan mereka terjamin. Yang mati terkambus telah selamat ditalkinkan - jangan buat bising biarkan badan mereka dimakan cacing.Ini bukan tohmah, propaganda atau berita putar yang saya ajukan kerana saya muflis dan tidak memiliki harta kekayaan. Ini adalah hakikat dihadapan mata kita. Buka mata dan dengar. Buka telinga dan lihat. Klik komputer dan baca. Jangan menjadi Mat Malas. Ketuk kepala lutut dan goncangkan kepala untuk berfikir. Nilai dan fahami mana yang tohmah, mana yang putar alam dan apa dia kebenaranKaum pemodal dan para kapitalis bergerak dengan licik. Ketika ini kaum pemodal di Malaysia melihat dan membaca tanda-tanda politik yang sedang berlaku dalam negara ini. Mereka menyedari bahawa gaya dan politik lama yang selama ini membawa keuntungan yang amat lumayan tidak mungkin akan berterusan. Apa yang terjadi pada 8 March 2008 mengajar mereka untuk memahami bahawa warga dalam negara ini mahukan perubahan dan sedang menuntut hak demokratik mereka. Dengan arif dan dengan wang ringgit - kaum pemodal merancang untuk melahirkan apa yang dipanggil sistem dua parti. Contoh sistem dua parti ini sedang kita lihat berjalan dengan lancar di United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Di UK ada Parti Konservatif dan Parti Buruh. Di Amerika ada Parti Republican dan Parti Democrat.Parti-parti ini bertukar ganti untuk menjalankan pentabiran. Madame Thatcher dari Parti Konservatif akhirnya diganti oleh Tony Blair dari Parti Buruh. George Bush Senior dari Republican di ganti oleh Bill Clinton dari Democrat. Kemudian Clinton di ganti oleh George Bush Junior yang kemudiannya digantikan pula oleh Barack Obama dari Parti Democrat.

Parti politik dan susuk yang memimpin pentabiran kelihatan ini bertukar berganti. Tetapi hakikatnya sistem ekonomi kapitalis tidak berubah. Inilah dia silap mata Pepsi Cola dan Coca Cola yang selama ini telah berjaya menipu. Kapitalisma tidak berganjak. Kaum pemodal tidak hilang keuntungan walau parti mana pun yang naik atau turun.Justeru, perubahan antara Democrat ke Republican atau dari Konservatif ke Parti Buruh hanyalah satu ilusi untuk menipu orang ramai. Tidak ada apa-apa perubahan yang hakiki telah berlaku. Tuan punya bank masih kaya raya. Tuan punya kilang masih memerah tenaga buruh murah. Para kontrektor masih membalon orang ramai. Cukai masih di tahap yang sama. Kaum pemodal terus melipatkan gandakan keuntungan.Orang ramai dan para pengundi digula-gulakan dengan perubahan dari parti ini ke parti itu. Dari presiden yang ini ke presiden yang itu. Ini adalah helah kaum pemodal agar orang ramai tidak akan menuntut perubahan sistem yang sedia ada.Didalam kempen-kempen pilihan raya kita akan mendengar labon dan heboh heboh dari Mat Heboh yang ingin menjadi YB. Teliti dengan rapi : mereka semuanya berjanji untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang lebih baik dari yang sedia ada.Apa sebenranya janji-janji para Mat Heboh bakal YB ini? Mereka berjanji akan menjalankan pentabiran dengan lebih cekap, lebih amanah dan lebih bersih. Ini ertinya mereka berjanji akan menjadi Mat Heboh yang lebih cekap, lebih amanah dan lebih bersih kepada kaum pemodal. Merekalah Mat Heboh yang terbaik untuk mengendalikan sistem ekonomi kapitalis ini.Tidak pernah kita mendengar bahawa yang haprak dan yang membawa kemudaratan terhadap umat manusia hari ini ialah sistem ekonomi kapitalis yang mengajukan rukun iman : keuntungan maksima.Rukun iman inilah yang sedang membawa porak peranda kepada kita semua hari ini. Keuntungan maksima yang dijadikan rukun iman ini akan membolehkan apa sahaja dilakukan asalkan ianya membawa untung. Balak dikeluarkan kerana ianya membawa untung. Pelacur datang dari China kerana ianya membawa untung. Hospital diswastakan kerana ianya membawa untung. Dadah diniagakan kerana ianya membawa untung. Jika kita menyedari hakikat ini maka kita tahu bahawa sistem dua parti ini adalah kong kalikong. Tidak ada apa apa perubahan hakiki yang akan berlaku jika yang diajukan untuk dipilih hanyalah siapa yang lebih cekap mentabir sistem kapitalis. Adakah Barisan Nasional lebih baik untuk keuntungan kapitalis atau Pakatan Rakyat yang akan mentabir dengan baik sistem kapitalis ini? Jika ini yang dipersoalkan maka saya jamin kita semua kena tipu oleh kaum pemodal dengan sistem dua parti yang sedang mereka rancangkan.Apa yang seharusnya kita tuntut bukan sistem dua parti. Bukan siapa yang lebih cekap dan lebih amanah mentabirkan sistem kapitalis.

Yang wajib menjadi rukun iman kita ialah menghancurkan sistem ekonomi yang berasaskan keuntungan maksima. Yang menjadi rukun iman kita ialah kita berjuang untuk melahirkan sistem ekonomi yang berasaskan kebajikan untuk umat manusia.Sistem dua parti atau dua ratus buah parti ini tidak memiliki apa-apa makna yang hakiki jika kita masih lagi dalam sistem ekonomi yang berimankan keuntungan maksima. Apa yang wajib kita sokong bukan mereka yang berijazah, berdatuk, bertun atau berserban - ini tidak penting. Yang penting ialah mereka yang kita pilih akan berani bangun berjuang untuk melahirkan satu sistem ekonomi yang berimankan kebajikan untuk manusia. Kita jangan ditipu untuk diberi pilihan sama ada untuk membeli kasut Adidas atau kasut Puma. Kita mahukan kasut kulit yang baru. Kita jangan ditipu untuk memilih Coke Cola atau Pepsi Cola. Kita tidak mahu minuman itu. Kita mahu air advocado yang sehat untuk umat manusia. - Oleh Hishammudin Rais a.k.a (TT)

Monday, October 5, 2009

Jangan Jadi Malas, Nanti Bonsai.

MENGENAL KONTRADIKSI DAN MUSUH

Ramai aktivis politik dalam negara kita ini tidak memiliki pandangan politik yang tepat. Ini berlaku kerana tidak wujudnya budaya pemikiran kritikal yang ampuh. Keadaan ini bertambah hodoh apabila bercampur dengan budaya malas membaca. Budaya malas membaca, malas mengkaji dan malas metelaah ini telah dilahirkan oleh budaya suka mendengar. Mendengar bukan satu kesalahan. Mendengar bukan satu jenayah. Kita semua mendengar. Ketika kita kecil kita dididik untuk mendegar. Kita itu tidak digalakan untuk berfikir. Bayangkan berapa juta pembohongan dan kelentongan hantu dan polong yang telah dihamburkan kepada kita semasa kita membesar. Cerita makhluk halus hantu dan puaka semuanya didodoikan kepada anak kecil. Tidak cukup dengan ini kita ditakut takutkan. Bermula dengan hantu, kemudian dengan polis dan akhir dengan api neraka. Anak kecil tidak memiliki peluang untuk mencerna pemikiran.Kalau anak kecil banyak bertanya akan dianggap kasar – kurang ajar dan tidak sopan. Sebenarnya mendengar tanpa bertanya adalah permulaan proses pembodohan yang ingin disebatikan ke dalam susuk jiwa kita.Memang tepat - ketika itu kita masih kanak-kanak. Maka, apa yang kita dengar – kita terima – sebagai fakta. Apabila telah bersunat, besar bersekolah, boleh membaca dan sudah pandai bertenet dan berinternet maka seharusnya timbul nilai wajib berusaha untuk mencerahkan fikrah dari pandangan karut marut yang didengari ketika membesar. Membuang dan membakul sampahkan segala karut marut yang bersidai dalam otak kita.Mendewasa ertinya meninggalkan budaya suka mendengar yang kita terima semasa kanak-kanak. Mendewasa ertinya memulakan budaya suka membaca dan meyelidik. Melopong mendengar – masuk lalat keluar langau - tanpa melakukan pembacaan, rujukan dan kajian akan menjadikan fikrah bonsai.
Bonsai fikrah ini adalah satu penyakit yang tidak berkuman, tidak berjangkit tetapi boleh diubatiDalam suasana politik kita - budaya melopong mendengar ini telah diperkuatkan pula dengan budaya ceramah yang telah menjadi darah daging budaya politik tanah air kita. Ceramah sebenarnya adalah monolok – jalan sehala – dimana si pendengar tidak ada peluang untuk bertanya kembali. Pelbagai sampah seranah masuk ke telinga kita. Sama seperti kita dizaman kanak-kanak - tidak ada langsung peluang untuk menapis atau bertanya.Seyugia diingati ceramah ini hanya boleh berfungsi dengan baik sebagai satu senjata untuk memanaskan rapat dengan pidato yang hebat. Pidato bertujuan untuk menaikan semangat - untuk melanggar musuh. Ceramah dan pidato berperanan untuk membakar semangat. Ceramah tidak menjanjikan penemuan ilmu atau mengembangkan akal.Justeru ceramah satu hala amat berbahaya kerana berkemungkinan ianya menjadi ajen pembodohan. Tidak kira siapa si penceramah – berjubah atau berdastar – monolok sehala adalah tidak mengasah fikrah. Beribu-ribu rakyat yang datang melopong mendengar labun si penceramah tidak mungkin akan melahirkan pemula atau perobek bingkai budaya yang mengongkong. Lihat bagaimana monolog tv sehala yang telah terbukti bekerja sebagai ejen pembodohan.Hasil dari budaya mendengar ini ramai warga terlali dan terlalai dari membaca dan mencari sumber pengetahuan. Otak semakin jarang digunakan - akhirnya lembab dan mamai. Justeru jangan hairan kenapa ramai yang menjadi pelupa dan nyanyok. Perangai lupa dan nyanyok lahir dari susuk yang tidak lagi menggerakan otak mereka. Perhatikan orang pencen dan berumur – kerana mereka tidak lagi menggunakan fikrah maka mamai akan menyerang. Ini tidak menghairankan. Tetapi apabila aktivis politik yang masih muda menjadi mamai maka ada sesuatu yang tidak kena dalam badan politik tanah air kita ini.
Dalam gerombolan United Malays National Organistion bonsai fikrah adalah syarat utama untuk diterima sebagai ahli – jadi kita tidak perlu hairan. Apa yang menakjubkan ialah bonsai fikrah ini juga wujud dalam kelompok aktivis yang ingin melawan gerombolan.Ciri utama yang dapat membuktikan betapa bonsainya fikrah aktivis politik kita hari ini ialah kegagalan mereka untuk megenali siapa musuh utama dan siapa kawan. Siapa kawan utama dan siapa pula kawan sampingan. Siapa kawan sepanjang perjuangan dan siapa kawan sementara. Siapa musuh dan seteru abadi dan siapa pula musuh sementara. Mengenal musuh dan mengenal kawan adalah wajib dalam ilmu politik. Asas ilmu politik juga mewajibkan kita mengenal kontradiksi sosial. Mengenal kontradiksi sosial manusia adalah ilmu awal wahid sebelum membuat apa apa kerja politik. Gagal mengenal kontradisi sosial maka segala kerja politik adalah kerja mencurahkan teh tarik ke batu nesan. Kontradiksi adalah pertembungan atau pertentangan dua unsur untuk melahirkan unsur ketiga. Kontradiksi adalah ibu segala-galanya dalam dunia ini. Dunia ini berputar dan bergerak kerana kontradiksi. Manusia wujud kerana kontradiksi. Politik wujud kerana kontradiksi. Wujud tidak akan wujud kalau tidak wujud kontradiksi. Kerja politik ialah kerja untuk mengenal, mengurus dan menyelesaikan kontradiksi.Justeru dalam kerja politik wajib di ketahui apa dia kontradiksi utama dan apa dia kontradiksi sampingan. Mana yang primer dan mana yang sekonder.
Kecelaruan – tidak dapat mengenal musuh dan tidak dapat mengenal kontradiksi - muncul kerana fikrah tidak terdidik untuk berfikir secara tersusun rapi. Sampa larau dan porak peranda – raba sana pekik sini - memperlihatkan daya fikrah yang tidak terurus. Kecelaruan ini juga lahir kerana otak mereka tidak dilatih untuk berfikir secara kritikal. Otak - sama seperti program komputer - hanya akan mengeluarkan kembali apa yang telah dirakam. Perakaman yang tepat bukan dengan mendengar surah dan labon tetapi dengan membaca dan mengkaji. Ilmu pengetahuan yang telah dikaji dan di baca akan disimpan dalam template dan program otak. Jika program itu tidak wujud berapa ratus kali pun diklik yang muncul hanya angka 404. Ini dunia ilmiah – yang berasaskan ilmu pengetahuan yang dikumpul melalui kajian, cubaan di bilik makmal dan penulisan pengalaman terkumpul. Ilmu pengetahuan yang ilmiah ini bukan datang dari mimpi atau angan-angan. Hari ini musuh utama rakyat satu Malaysia ialah gerombolan United Malays National Organisation. Musuh sampingan rakyat satu Malaysia ialah Barisan Nasional. Malah dalam gerombolan itu sendiri tidak semuanya perlu dianggap musuh utama. Bagitu juga Barisan Nasional - bukan semua mereka musuh utama kita – banyak juga sering tidak sebulu dengan gerombolan United Malays National Organistion – ini kerana ada kontradiksi antara sesama mereka.Contohnya rakyat Sabah dan Serawak ingin bebas dari cengakaman United Malays National Organisation. Parti Gerakan ingin menjadi lebih demokratik. MCA ingin lebih banyak mendapat projek. Semua ini adalah kontradiksi dikalangan Barisan Nasional sendiri yang wajib kita ekploit untuk menguntungkan orang ramai.Sekarang mari kita fahami siapa pula musuh utama rakyat dunia. Jawapnya tidak lain dan tidak bukan ialah kaum imperialis Anglo-Amerika. Kuasa ekonomi Anglo-Amerika inilah yang sedang mengancam rakyat dunia. Kuasa ekonomi Anglo- Amerika sedang mendominasi ekonomi negara-negara dalam dunia ini. Inilah kontradiksi induk. Inilah punca segala masalah yang sedang menghuru harakan dunia.
Satu ketika nanti jika gerombolan United Malays National Organistion bangun menentang kepentingan ekonomi kaum imperial Anglo-Amerika kerana kepentingan ekonomi mereka terdesak maka kita patut bersama menyokong. Musuh kita yang menjadi musuh kepada musuh utama kita adalah kawan sampingan. Semua ini adalah asas taktik dan strateji politik yang paling minima.Inilah penting memahami kontradiksi. Inilah pentingnya membaca dan mengkaji bukan hanya mendengar surah dan labon. Justeru apabila Thunderbirds tim bala tentera tentera udara Amerika datang membuat pertunjukan mereka di Kuala Lumpur – tim ini wajib dicap sebagai musuh utama. Air Force America adalah pendukung utama kuasa Anglo-Amerika. Manakala Beyonce seorang penyanyi adalah manifestasi budaya dari sistem ekonomi kapitalis Anglo-Amerika bukan pendukong utama. Dalam politik yang wajib kita tentang dan lawan bukan manifestasinya tetapi punca yang melahirkan manifestasi itu.Sistem eknomi kapitalis melahirkan banyak manifestasi budaya. Adalah bangang untuk melawan manifestasinya. Kita juga akan dilihat sepuluh kali bangang dan bodoh politik jika berjuang menuntut agar kedai toto di Jalan Yap Kwang Teng ditutup. Ini kerana perjudian adalah manifestasi utama dari sistem ekonomi kapitalis. Malah bursa saham itu sendiri adalah sarang perjudian utama. Justeru apa yang harus digudam bukan manifestasi kapitalis tapi sistem kapitalis itu sendiri.Salah satu dari kejayaan manifestasi budaya kapitalis ini ialah melahirkan warga yang tumpul akal dan bonsai fikrah hinggakan tidak dapat mengenal yang mana kontradiksi utama dan yang mana kontradiksi sampingan. Tidak berupaya untuk mengenal apa manifestasi dan apa yang melahirkan manifestasi itu. Akhirnya muncul perjuangan menuntut pengharaman penjualan buger kerana terdengar cerita adanya gelatin tak halal dalam burger. Tetapi tidak berjunag untuk melupuskan Mac Dogal dan Burger King . Ini tanda awal bahawa fikrah yang bonsai tak kesampaian untuk berfikir.

- Oleh Hishammudin Rais. juga boleh diakses melalui tukartiub.blogspot.com

Saturday, September 19, 2009

Monday, June 29, 2009

Best gilas babis.. haha..

Sorry lama tak update, busy sikit. Semalam aku keluar tengok Transformers : Revenge of The Fallen.. Durasi lebih kurang 2 jam 20minit. (atau lebih, tak berapa pasti sebab syok sangat.. haha).. Actually aku nak tengok dari malam rabu lepas, masa dia mula² tayang. tapi disebabkan beberapa hal yang tak boleh dielakkan, terpaksa tangguh sampai la semalam. Malas nak cerita banyak, komen aku = Memang Berbaloi!!.. walaupun ada la beberapa perkara tak logik dan pelik, tapi disebabkan movie ni memang best, semua tu tolak tepi.. Pergi la tengok sendiri.. Haha.. :)

Tuesday, June 2, 2009

Jalan² Cari Agas.. Haha..~








Gaya Bebas 1 & 2 (wakaka)
03/06/2009 Isnin - pelan aktiviti untuk berpeleseran ke Penang diteruskan walaupun lewat 2 hari dari tarikh yang dirancang.. 12.30pm jumpa di kedai Jon - kira macam check point la, merangkap port lepak diwaktu senggang.. Jon ni member aku, bukak kedai makan (padahal kedai makan orang tua dia, tapi yela consider kedai dia jgk la kan).. Dia ni dah kawen pon, otak memanjang je 18SX dan mulut memang macam orang tak sekolah.. haha.. Takpe, kita tinggalkan mamat Jon ni dulu.. Berbalik kepada perkara asal, sebelum 12.30 lagi aku dah menapak pergi kedai Jon ni.. Jarak dari rumah aku ke kedai Jon ni tak jauh pon, tak sampai 300 meter.. Sampai je aku kat kedai member aku ni, sepupu aku (Mahadhir - pakai spek, agak bulat) dgn Nazri - bulat jugak, agak lemah gemalai tapi straight ya'll - tengah minum (member sepupu aku, sebaya - 27 dan satu sekolah menengah, aku panggil abg Nazri, sepupu aku pulak aku panggil abg Dhir).. Cuma sorang lagi tak sampai, Syah (yang kurus dlm picture tu la - sebaya sepupu aku jugak, parents dia bukak kedai buku kat kampung aku ni cuma dia ni je aku tak panggil abg Syah, kenapa? ntah aku pon tak tau.. haha)
Sepupu aku cakap Syah kena pegi ambik kat rumah, so lepas diorang habiskan air minum, kami pon gerak pegi ambik Syah ni...

(Perjalanan atas highway terpaksa skip, bukan menarik pon)

1.40pm - Kami sampai kat Jeti Feri, selalu kalau jalan² ke Penang dah memang jadi tabiat dan tebiat orang naik feri dulu, balik baru ikut jambatan.. Dah turun dari jeti kami terus ke destinasi pertama, Batu Ferringhi.. Actually, kami ni tak berapa tau sangat jalan pon.. Macam kami holiday ke Melaka tahun lepas pon tak tau jalan jugak.. Tapi biasa la, gamble sudehh.. Takkan dalam negara sendiri pon nak sesat kan... Hehe.. So kalau nama pon dah gamble, main redah je.. Maka al-kisah ke serata pelusuk alam buana Penang la kami sesat.. Tapi Alhamdulillah, setelah pusing² cari jalan sampai jugak ke Batu Ferringhi, lepak tak lama pon.. Sejam lebih sikit je, lepas makan kami terus gerak ke Gurney.. Kat Gurney kami pusing² kejab, naik Gurney Plaza window shopping + cuci mata lebih kurang, haha.. Pastu terus gerak ke Padang Kota.. Kat Padang Kota pon lepak² sekejab je.. Then pastu kami terus menuju destinasi terakhir yang paling penting - Restoran Kapitan.. Lepas pekena Briyani Kambing dan Susu Badam.. Kami pon bergerak balik dengan badan sengal dan mengantuk.. haha.. - Sebenarnya tujuan aku, sepupu aku, dan member² aku ke Penang ni bukan nak berjalan sangat pon.. Tapi sebab sangap Beriyani Kambing kat Kapitan Lebuh Chulia tu.. hahaha.. Moral - Jangan makan dengan kadar yang kerap, nanti ketagih susah beb.. hahaha :)

Friday, May 29, 2009

Gigi Oh Gigi..

Tinggal 5biji la.. sebiji dan sapedek.. haha..


Actually takde apa² pon yang aku nak update.. Mood tak berapa okay, takde apa pon yang menarik untuk ditulis instead of I'm having toothache.. Sakitnya Ya Rabbi.. Rasa nak penampar je orang² yang bising depan aku.. Sebenarnya dari 3hari lepas lagi dah sakit, tapi tak seteruk hari ni.. Balik solat Jumaat makin menjadi².. So disebabkan tak tahan sangat pukul 5.00 aku terus call member aku ajak pegi clinic.. Kali ni memang nekad nak cabut, walaupun sebelum ni aku sayang sangat nak cabut.. Sebab apa? Sebab aku tak nak belum lagi kawen, gigi dah kurang.. hahaha.. Tapi disebabkan sakit bapak tak ingat, kali ni aku nekad..
5.35... Member aku sampai, aku ingat naik kereta, skali die datang naik Nouvo daaa.. Nak tak nak, aku capai helmet lompat naik jugak.. Bukan apa, sakit gigi punya pasal mood nak drive pon takde.. Lagipon aku takut nanti baran datang habis semua kereta aku langgar.. haha..
5.45... Kami sampai Kamunting, tengok langit dah gelap.. Belah Taiping? lagi jangan cerita la.. Nama pon Rain City, dah nampak putih je.. Tapi disebabkan keazaman aku nak cabut jugak gigi yang sakit ni dan keazaman kawan aku yang ikhlas hati tolong aku tu.. Kami redah jugak.. Tapi Alhamdulillah hujan sekerat jalan (kalau istilah Geografi, dia panggil hujan perenggan) dan tak berapa lebat.. Kami pon dengan keazaman yang jitu menuju destinasi - Klinik Pergigian Ng.. Sekali sampai² tengok dah tutup.. Pusing punya pusing cari clinic lain.. Pon same tutup... Yela, by the time aku sampai tu pon jam dah dekat pukul 6.. Working hours sampai pukul 5 je klinik gigi kat Taiping ni...
Kesudahannya, aku singgah kedai Tabib Cina.. Aku beli ubat kat situ.. Sebiji RM2, aku beli 6 biji... Konklusi, gigi tak cabut² jugak.. Esok?? Esok lagi la tak boleh.. Cousin aku ajak ke Penang jalan²... Sakit gigi pon sakit la, jalan² punye pasal tahan jela.. Lagipon, ubat Sensei Cina yang aku beli tu agak berkesan jugak.. Kalau sakit, makan sudehhh... hahahaha...

Tuesday, May 26, 2009

Why do I Love You?

Your eyes look at my eyes
Your fingers touch my fingers
You smile, I'm flattered;
A simple beginning of love
because
Your love is no more than a morning
that always wakes (me) up

You open the net of my heart,
You pour the wine into my cup,
two centimeter from the bottom,
'I don't want you to be drunk', you said

because
Your love is no more than light that
accompanies the night

no enchant chain of words,
my words sink into your hugs
your words are foundered in my hands' reach,
your heartbeats thunder my chest, explode but does not
scratch, ripples but does not become waves,
moves softly,
closes my eyes and your eyes in the beauty
that does not soar

because
Your love is no more than a swallow of water that
quench my thirst

You do not let my sorrow becomes cry,
You do not let my laugh makes me be forgetful,
You never put stocks in my leg so that
I can walk, run,
You never tie chains in my hands,
so that I can hold the world,
to materialize hope,
because
Your love is the blanket that calms me

You let me:
go and come in your poem
to choose the lyrics to write my story
because
Your love is the wind that guides me
You liberate me
into an independent soul

that's why
I love you
indeed…


P/S: Copied from the Myspace of grobes.Kätzchen - credit to u leen.. :)

Monday, May 25, 2009

Pengakhiran yang Cemerlang...

Keputusan perlawanan akhir musim antara Liverpool vs Tottenham Hotspurs semalam berakhir dengan keputusan Reds - 3, Spurs - 1... Walaupun tekaan aku sedikit meleset, ( sebenarnya tapat jugak, cuma tambah satu untuk Spurs je) keputusan tersebut cukup untuk menunjukkan bahawa Liverpool sekarang berada pada satu tahap yang sangat² cemerlang.. Dengan keputusan semalam, Liverpool telah sah berada pada kedudukan Naib Juara Liga Perdana Inggeris musim 08/09 dengan 86 mata, the highest points since their existence on EPL.. Bukan setakat itu sahaja, malah Liverpool juga merupakan satu²nya kelab yang mengekalkan rekod tanpa kalah ditempat sendiri sepanjang musim 08/09.. dan merupakan satu kenangan paling manis apabila menewaskan, membenam, membelasah dan melanyak Manchester United di Anfield dan Old Trafford.. Haha.. Bukan hebat sangat pon Manshit ni.. hahaha..
Ehh Okey².. terlebih kutuk plak.. hehe.. So berbalik kepada perlawanan semalam.. Gol The Reds dijaringkan Torres, Benayoun (Hidup Yahudi! haha) dan Alan Hutton (own gol).. manakala gol Spurs dijaringkan Robbie Keane.. Semalam juga merupakan penampilan terakhir bagi Hyypia.. Walaupon tidak diturunkan dalam kesebelasan utama, Rafa tetap menurunkan Hyypia pada minit ke 83 menggantikan Gerrard bagi memberi penghormatan kemunculan terakhirnya setelah sedekad bersama Liverpool... Sejak dari awal permainan lagi nama Hyypia disorak dan segala mak nenek banner, flags dan gambar dikibarkan penyokong Liverpool... Selama sedekad karier Hyypia bersama The Reds, Hyypia telah menjulang sebanyak 10 buah piala bermula dari tahun 2001.. Dan buat Sami Hyypia, Lagenda Pertahanan Liverpool.. Aku berharap kerjayanya di Bayer Laverkusen akan lebih bersinar....

Farewell Sami Hyypia...

Keseluruhan Piala sepanjang Sedekad Sami Hyypia Bersama Liverpool :-
1) Piala Liga 2001
2) Piala FA 2001
3) Piala UEFA 2001
4) Perisai Komuniti 2001
5) Piala Super UEFA 2001
6) Piala Liga 2003
7) Liga Juara-Juara Eropah 2005
8) Piala Super UEFA 2005
9) Piala FA 2006
10) Perisai Komuniti 2006
*Cup list copied from LiverpoolKita.